Penginapan yang murah dan menjimatkan di Melaka
Chalet Astana Edayu adalah tempat yang menawarkan penginapan, chalet penginapan jenis pangsapuri dan bilik-bilik untuk keselesaan percutian anda. Kelihatan indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet terletak di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Merupakan antara chalet yang cantik dan selesa di Pengkalan Balak untuk mereka yang ingin menikmati hari bersantai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari-hari bekerja.
Chalet Astana Edayu begitu dekat dengan pantai Pengkalan Balak sudah tentu memberi memori indah untuk anda yang ingin nikmati pemandangan matahari terbenam dengan orang-orang yang disayangi sama ada anda datang dengan keluarga, kawan atau orang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kemudahan dengan rangkaian lengkap perkhidmatan yang pasti akan membuat percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang anda dapat lihat. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti masjid, kawasan tempat letak kereta, ruang terbuka untuk aktviti untuk anda datang dengan keluarga atau kumpulan anda, gerai aktiviti dan dewan makan.
Jika anda berhasrat melihat punyu bertelur, ini adalah peluang anda kerana terdapat penyu banyak penyu yang mendarat di sekitar Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati sebuah kampung nelayan dekat sini. Buat anda ingin tinggal lama dan kadar penginapan yang murah, selesa dan tenang, Edayu Astana chalet adalah pilihan anda.
Untuk Tempahan :
Tel: 06-3853493
H / P: 017-3694326, 012-619 4822 (Zainal Abidin / Zainon)
No comments:
Post a Comment